Lawatan ke Pusat Pemprosesan Ayam PPNJ

Kami telah menganjurkan lawatan teknikal ke Pusat Sembelihan Halal PPNJ Poultry & Processing Sdn. Bhd. yang terletak di Machap Johor. Ini bertujuan memberikan pendedahan kepda penternak mengenai pemprosesan ayam secara komersial dan halal. Selain itu, PPNJ juga memperolehi sijil HACCP, VHM, MESTI dan 1Best Malaysia. Lawatan ini telah dihadiri lebih 30 orang peserta, kebanyakannya dari johor. Turut serta adalah Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor, Dr. Aida Muhid dan Pengurus Besar PPNJ. Hj Zulkarnain. Terima kasih kepada DVS Daerah Ledang atas kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan ini.

lawatan proses ayam kampung